Halaman

Selasa, 4 Oktober 2011

MATA MELIHAT DAN TIDAK BOLEH MELIHAT








Bersyukur kita ke hadrat Ilahi bangun dari tidur boleh melihat sinar mentari pagi, burung-burung berterbangan bebas berkicauan keriangan menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan yang maha berkuasa. Kita dikejutkan oleh sang ayam jago galak berkokok bersilih ganti menyambut terbit matahari pagi untuk memulakan penghidupan masing-masing mencari rezki kurniaan Ilahi. Rezki perlu dicari kerana tidak datang
menggolek atau siap terhidang di depan mata. Siapa kita, kalangan manusia, haiwan melata ,burung serengga sekecil-kecilnya tetap berusaha untuk hidup perlu makanan dengan apa cara sekalipun.Mereka bebas dimuka bumi dan berterbangan diangkasa luas kerana mereka memiliki pancaindera utama iaitu mata yang boleh melihat. Berbeza sekali dengan segelintir insan yang kurang bernasib baik hidupnya yang sentiasa dalam kegelapan. Siang malam ,matahari terbit atau matahari terbenam dengan keindahan pemandangan senja ditepi pantai atau sinaran lampu warna warni keindahan bandaraya bagi mereka tiada beza gelab semata. Mereka tidak boleh melihat seperti kita. Hati dan perasaan manusia sama nalurinya . Kalau si celik punya cita-cita ,mereka pun sama berkeinginan. Tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang dicita-cita dengan berbekalkan hati yang terang,fikiran yang tajam dan ingatan yang kuat membolehkan mereka mampu menggenggam segulung ijazah dari menara gading.Mereka boleh melakukan apa saja demi masa depan dunia mereka yang gelab gelita tetapi hati mereka terang untuk terus hidup tidak mengharap belas ihsan dari insan lain yang normal punya penglihatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan