melukis mural di sekolah masa cuti hujung minggu sungguh mengasyikkan ,jika mood yang sungguh baik ,kesihatan badan yang stabil mampu berdiri menyiapkan sebuah lukisan dalam masa 7-8jam pada tembuk tidak terdedah pancaran matahari atau curahan hujan ketika masanya.Pelukis ini sudah masak dengan pelbagai macam kerja sejak muda hingga ke usia tua..
Selasa, 20 September 2011
MELUKIS BUKAN KERJA MUDAH
Nampak mudah bila melihat seorang pelukis menghasilkan karyanya di atas kambas. Apa yang dalam fikiran imaginasinya, gambaran dalam kotak mindanya dizahirkan melalui campuran warna warni yang indah jalinan mesra yang di titiskan diatas kertas,kanvas atau di tembok-tembuk yang luas. Bukan semua orang boleh melukis dengan penuh minat menghasilkan karya seni yang bermutu tinggi. Orang yang suka melukis berserta minat mendalam dengan seorang yang disuruh melukis tanpa minat dan komitmen yang tinggi adalah berbeza.Seorang akan berusaha dengan ketekunan dan bersungguh-sungguh hingga siap hasil kerjanya sementara seorang lagi berhadapan dengan kepayahan dan keresahan dalam kerjanya umpama tertekan dan dipaksa jauh dari naluri seorang pencinta seni,hasilnya amat jauh dari harapan yang dipertaruhkan kepadanya.Hasilnya tidak memuaskan dan kebanyakan tinggal tergendala begitu saja, menanti hari berganti minggu berganti bulan hingga ke tahun pun masih tidak siap.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan