Halaman

Isnin, 12 September 2011

Kembali melukis Hujung Minggu ke sekolah.

















Lama tidak pergi melukis kerana bulan puasa,rasanya tak sanggup tekak kering dari pagi sampai petang lagi berdiri terpacak atau menempek dekat tembuk bangunan sekolah,ada masa dan tempat ditengah panas hujan terpaksa ditempuh pasal mengikut permintaan peminat seni lukis mural,di lokasi yang mahu diceriakan.Kalau panas terik pakai payung, begitu juga hujan rengai tapi kalau ribut petir terpaksa lari menyelamatkan diri ditempat teduh. Ada masa tunggu awan tebal berarak di atas kepala,redup nyaman bingkas menyambung karya seni yang sedang dihasilkan.Bila awan berlalu sang mentari memancarkan sinaran hingga mencurah peluh seluruh badan,akhirnya tewas juga lantas mencari cari lokasi yang sesuai merehatkan mata dan badan yang keletihan.Kerana cinta pada seni, semangat tidak pernah pudar,adakala tidaklah dikejar sangat duit ringgit,harga yang diminta sekadar lepas membeli bahan atau alatan melukis, duit mengisi petrol yang kadang tidak pasti berapa kali kunjungan ke lokasi. Makan minum tiada had atau kawalan ikut kemahuan ,jika haus perlu minum dan kalau lapar kenalah cari nasi dan lauk yang harga semasa memeranjatkan bajet bulanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan