melukis mural di sekolah masa cuti hujung minggu sungguh mengasyikkan ,jika mood yang sungguh baik ,kesihatan badan yang stabil mampu berdiri menyiapkan sebuah lukisan dalam masa 7-8jam pada tembuk tidak terdedah pancaran matahari atau curahan hujan ketika masanya.Pelukis ini sudah masak dengan pelbagai macam kerja sejak muda hingga ke usia tua..
Isnin, 12 September 2011
KEMBALI KE SEKOLAH SELEPAS CUTI PANJANG.
Dua orang budak sekolah tinggal dekat rumah,senang lenang, makan tidur,keluar berjalan ,tak kesah nak buat kerja sekolah , masing-masing nampak montel dan tembam berbanding masa balik dulu. Ini tiba masa nak buka sekolah baru sebuk nak cari buku ,pensil,pembaris,pemadam dan lain-lain alatulis. Semua tu boleh dicari dicelah-celah laci dan almari tapi yang bapa tak tahan minta belikan motorsikal baru buat pergi sekolah dan nanti ada latihan industri yang perlu diikuti. Boleh tak boleh bapa pun belikan motorsikal Honda Wave koyak pelastik dari kedai tapi dengan syarat mesti belajar bersungguh sampai tamat, ada dua tahun lagi ,sekarang masuk tahun 3. Kakaknya pula lagi tinggal beberapa bulan lagi dah nak tamat,tinggal nak siapkan thesis dan final bulan disember nanti lepastu kena nak posting sekolah teknik atau Kolej Vokasional yang belum pasti . Anak nombor tiga ini dah lama bagi pakai kereta iswara pergi balik JB- Klang,pakai kereta ok tapi tentang servis maintainance agak kurang,bapaknya jugalah kena ambik berat . Besok dah keluar kerja, panda-pandailah sendiri mahu ingat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan