Orang yang berminat dan cenderung kepada sesuatu perkara umpama hobi memancing, menjerat burung,mengumpul setem, menyanyi,main alat muzik, melukis atau hobi mengambil gambar. Orang yang tidak berminat atau tiada hobi berkaitan ,memandang apa yang orang yang berminat dan berhobi itu macam orang gila atau orang bodoh.Apa tidaknya, kalau dah hobi memancing,sanggup turun kelaut walaupun tangkapan ikan tak seberapa tapi mereka tidak serek untuk pergi lagi buang duit ,buang masa dan tenaga. Orang yang tidak berminat memilih lebih baik ke pasar borong atau Tesco atau Giant banyak pilihan jenis ikan, siapkan duit saja.Sama juga kalau hobi menangkap gambar,peminat itu tidak kira duit ringgitnya mencurah keluar dari poket demi memenuhi keperluan hobi atau minatnya itu.Orang yang tidak berminat kata tak payahlah tangkap gambar banyak-banyak,membazir saja dan bukan gambar sendiri pun yang ditangkap. Buang masa dan wang ringgit sahaja.Kalau duludulu banyak karenahnya kalau nak main tangkap gambar, sediakan duit beli filem atau negatif, bateri kamera, dah siap tangkap satu gulung boleh dapat 24 atau 36 keping gambar,awalnya kena pegi kedai gambar ,kena bayar upah memproses dan mencuci gambar yang setiap keping dikenakan 40sen hingga 60sen mengikut saiz poskad . Nasib baik gambar menjadi dan cantik tapi kalau sebaliknya, apo nak dikato, wal hasil balik asal, tak hasil buat pasal.Orang tak berminat kata tak payahlah tangkap gambar sam juga orang tidak merokok cakap berhentilah merokok kepada si perokok.Kalau minat atau hobi tangkap gambar semestinya beralbum-album gambar ditangkapnya. Kalau orang berminat main sanggup beli gitar beli keybod ,harga beribu pun sanggup diusahakan. Kalau orang minat melukis sanggup berjam-jam mengadap karyanya sampai siap. Apa saja bobi atau minat seseorang itu, bukan apa yang dicari dan didapati sekadar satu kepuasan sahaja.
melukis mural di sekolah masa cuti hujung minggu sungguh mengasyikkan ,jika mood yang sungguh baik ,kesihatan badan yang stabil mampu berdiri menyiapkan sebuah lukisan dalam masa 7-8jam pada tembuk tidak terdedah pancaran matahari atau curahan hujan ketika masanya.Pelukis ini sudah masak dengan pelbagai macam kerja sejak muda hingga ke usia tua..
Khamis, 15 September 2011
BERMINAT ATAU TIDAK BERMINAT ATAU BUKAN HOBI
Orang yang berminat dan cenderung kepada sesuatu perkara umpama hobi memancing, menjerat burung,mengumpul setem, menyanyi,main alat muzik, melukis atau hobi mengambil gambar. Orang yang tidak berminat atau tiada hobi berkaitan ,memandang apa yang orang yang berminat dan berhobi itu macam orang gila atau orang bodoh.Apa tidaknya, kalau dah hobi memancing,sanggup turun kelaut walaupun tangkapan ikan tak seberapa tapi mereka tidak serek untuk pergi lagi buang duit ,buang masa dan tenaga. Orang yang tidak berminat memilih lebih baik ke pasar borong atau Tesco atau Giant banyak pilihan jenis ikan, siapkan duit saja.Sama juga kalau hobi menangkap gambar,peminat itu tidak kira duit ringgitnya mencurah keluar dari poket demi memenuhi keperluan hobi atau minatnya itu.Orang yang tidak berminat kata tak payahlah tangkap gambar banyak-banyak,membazir saja dan bukan gambar sendiri pun yang ditangkap. Buang masa dan wang ringgit sahaja.Kalau duludulu banyak karenahnya kalau nak main tangkap gambar, sediakan duit beli filem atau negatif, bateri kamera, dah siap tangkap satu gulung boleh dapat 24 atau 36 keping gambar,awalnya kena pegi kedai gambar ,kena bayar upah memproses dan mencuci gambar yang setiap keping dikenakan 40sen hingga 60sen mengikut saiz poskad . Nasib baik gambar menjadi dan cantik tapi kalau sebaliknya, apo nak dikato, wal hasil balik asal, tak hasil buat pasal.Orang tak berminat kata tak payahlah tangkap gambar sam juga orang tidak merokok cakap berhentilah merokok kepada si perokok.Kalau minat atau hobi tangkap gambar semestinya beralbum-album gambar ditangkapnya. Kalau orang berminat main sanggup beli gitar beli keybod ,harga beribu pun sanggup diusahakan. Kalau orang minat melukis sanggup berjam-jam mengadap karyanya sampai siap. Apa saja bobi atau minat seseorang itu, bukan apa yang dicari dan didapati sekadar satu kepuasan sahaja.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan