melukis mural di sekolah masa cuti hujung minggu sungguh mengasyikkan ,jika mood yang sungguh baik ,kesihatan badan yang stabil mampu berdiri menyiapkan sebuah lukisan dalam masa 7-8jam pada tembuk tidak terdedah pancaran matahari atau curahan hujan ketika masanya.Pelukis ini sudah masak dengan pelbagai macam kerja sejak muda hingga ke usia tua..
Selasa, 13 September 2011
UPSR 2011 SUDAH TIBA
Sejak dari awal tahun lagi telah diperingatkan akan tibanya tarikh UPSR 2011, diagak tarikh peperiksaan ialah bulan September tapi penentuan harinya belum diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Countdown telah dimulakan dan kiraan hari berubah dari jauh menjadi dekat, bilangan hari yang banyak menjadi berkurangan hingga hari countdown menjadi kosong hari ini, hari peperiksaan sebenar UPSR, penentu dan perintis masa depan murid-murid sekolah yang terlibat. Curahan ilmu mencurah-curah dari guru-guru berpengalaman yang tidak pernah mengenal penat lelah hingga hari sabtu dan cuti-cuti pun sanggup memberi tambahan ilmu kapada murid-muridnya cuma diri murid tidak berapa sanggup menerima cabaran dari guru-guru.Kesungguhan guru-guru dari dulu tidak dinafikan,memang mengharapkan anak muridnya cukup bekalan,dengan ilmu penuh didada sebelum melangkahkan kaki ke dewan peperiksaan. Usaha guru dan murid disamping sokongan ibu bapa dan penyuntik semangat tak henti-henti dari Guru Besar yang sekadar dapat berkongsi kegembiraan bila keputusan cemerlang atau melonjak naik seperti yang diharapkan dan dicita-citakan. Masa telah tiba saatnya untuk mencorakkan masa depan anak murid sendiri di dewan peperiksaan dengan penuh azam yang kuat bersama kesungguhan.Inilah masanya,sekali datang dalam penghidupan dan tidak akan berulanglagi sekali. Enam tahun sudah dihabiskan, hari ini buktikan hasil yang dituai dari usaha yang bertahun lamanya, untung atau rugi ,manis atau masam dan timbul atau tenggelam , melonjak atau atau merudum. Itu semua bukan kerja kita menentukan dan meramalkan.Setelah usaha gigih dilakukan ,tawakkal disertakan dan kita hanya mampu berdoa kehadrat Ilahi semoga apa yang dicita-cita akan tercapai insyaallah. Selamat menjawab soalan UPSR dan SELAMAT BERJAYA CEMERLANG..doa dan harapan Guru Besar SK2TBA.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan