melukis mural di sekolah masa cuti hujung minggu sungguh mengasyikkan ,jika mood yang sungguh baik ,kesihatan badan yang stabil mampu berdiri menyiapkan sebuah lukisan dalam masa 7-8jam pada tembuk tidak terdedah pancaran matahari atau curahan hujan ketika masanya.Pelukis ini sudah masak dengan pelbagai macam kerja sejak muda hingga ke usia tua..
Khamis, 13 Oktober 2011
ATOK DAN NENEK TIDUR RUMAH CUCU MUHAMMADLUTFI DI ULU YAM 10.9.11
Pukul 10 malam baru bertolak ke rumah Lotfi di Ulu Yam Batang Kali Ulu Selangor. Lewat sebab menunggu pamannya Irfan balik dari berjalan raya dengan kawan-kawannya. Si emaknya dah mengamuk nak tinggalkan saja si Irfan ,biar dia tidur sorang-sorang di rumah.Bukan dia tak tahu rancangan nak pergi beraya dan tidur rumah Lutfi. Saja dia buat pasal menghuruharakan mood semua orang. Terus saja semua masuk kereta tanpa banyak soal siasat kenapa lambat, hidupkan injen keluarkan kereta dan singgah isi minyak dekat caltex ,di pandu oleh Irfan menuju ke distinasi.Sampai saja rumah dah gelab macam semua dah tidur tapi rupanya Si Lutfi masih celek tak mahu tidur lagi macam tahu-tahu datok dan neneknya nak datang.Tidur semalaman bersama Lutfi di Ulu Yam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan